PBTSELANGOR

MBSA pelawa syarikat korporat sertai program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

SHAH ALAM, 25 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mempelawa syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO), agensi dan orang ramai menyertai program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan.

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi Facebook berkata pelbagai aktiviti disediakan pada program yang berlangsung setiap hari Ahad, minggu ke-2 bermula jam 7 pagi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

“Sila imbas QR Kod untuk pendaftaran. Untuk seberang keterangan lanjut sila hubungi Cik Rinajordana di talian 012-235 4235,” katanya.

Program inisiatif MBSA diadakan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat khususnya warga Shah Alam.

Antara aktiviti menarik diadakan antaranya Fun Ride, Fun Run, sukan rekreasi dan persembahan pentas.


Pengarang :