Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Gombak, Hulu Selangor diramal hujan lebat, ribut petir hingga 4 petang

SHAH ALAM, 25 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di Hulu Selangor dan Gombak hingga 4 petang ini.

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca hujan disertai ribut petir dan angin kencang dijangka turut berlaku di Melaka, Johor dan beberapa daerah di Negeri Sembilan dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :