Pelajar teknologi automotif Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) memeriksa keseluruhan kereta yang ditenggelami air banjir termasuk pendawaian secara teliti. FOTO FIKRI YUSOF/SELANGORKIN
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Peluang sertai kursus TVET di STDC, kemasukan Januari 2024

SHAH ALAM, 5 DIS: Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) mempelawa anak Selangor berusia 16 tahun ke atas mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berkemahiran tinggi di institusi itu.

Berdasarkan maklumat di laman sesawang STDC pengambilan khas yang dibuka bagi sesi Januari 2024 itu menawarkan kursus berimpak tinggi seperti automotif, elektrik, motosikal dan pastri.

Insititusi itu turut menawarkan pembiayaan di bawah program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smat Selangor (IKTISASS) selain persijilan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan STDC.

Prendaftaran boleh dibuat menerusi pautan https://forms.gle/eZChSRUS5gjpxFjAA atau sebarang pertanyaan boleh hubungi 0332812676/21.

STDC adalah institusi pendidikan teknikal bawah Kerajaan Negeri yang menawarkan pelbagai latihan kemahiran berkualiti dan berdampak tinggi ke arah revolusi industri 4.0.


Pengarang :