Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa ke Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 Disember 2023. Foto Facebook Anwar Ibrahim
AGENDANASIONAL

Program setahun Kerajaan Madani dianjur peringkat negeri, Selangor destinasi pertama

KUALA LUMPUR, 10 DIS: Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia MADANI peringkat negeri akan bermula di Selangor pada Januari ini, kata perdana menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu dilakukan selepas melihat sambutan terhadap program berkenaan yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini selama tiga hari sejak Jumaat.

“Kita anjurkan pada Januari. Dato’ Menteri Besar Selangor (Dato’ Seri Amirudin Shari) bersetuju laporan ini diadakan di Selangor.

“Berikutnya ke peringkat negeri lain dengan kos lebih rendah sebab kita persiapkan laporan yang sama dengan sedikit pertambahan (dana) daripada Kerajaan Negeri,” katanya berucap di majlis penutup program berkenaan.

Diadakan sejak Jumaat, program bertujuan mendekatkan rakyat dengan kerajaan selain membolehkan mereka melihat sendiri kad laporan pentadbiran bagi tempoh setahun ini.

Program jyga bertujuan menyebar luas dan mempromosi dasar serta inisiatif baharu yang diperkenalkan Kerajaan Perpaduan sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 24 November 2022.

Menyasarkan 200,000 pengunjung, program  menampilkan beberapa menteri dalam sesi sembang santai, antaranya Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Sepanjang penganjuran, pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk karnival kerjaya yang mendapat kerjasama 63 agensi kerajaan dan swasta, termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Khazanah Nasional Berhad, PETRONAS, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Honda Malaysia Sdn Bhd.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa ke Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 Disember 2023. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Pengarang :