AGENDANASIONAL

Sabak Bernam, Hulu Selangor diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 16 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Sabak Bernam dan Hulu Selangor hingga 6 petang.

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca sama dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :