DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin ketika mengiringi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melawat ke sekitar Istana Alam Shah pada 14 Disember 2023. Foto Facebook Selangor Royal Office
BERITA UTAMASELANGOR

Sultan berkenan bawa Agong, Permaisuri lawat Istana Alam Shah

SHAH ALAM, 15 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan membawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong melawat ke sekitar Istana Alam Shah semalam.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diiringi Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Turut mengiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Selangor Royal Office memaklumkan lawatan berkenaan sempena Istiadat Penganugerahan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dohormati (D.K) kepada Raja Permaisuri Agong di Balairung Seri istana tersebut.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempena Hari Keputeraan ke-78 DYMM Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 14 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“DYMM Sultan Selangor berkenan menunjukkan koleksi-koleksi peribadi bahan-bahan bersejarah termasuk gambar-gambar lama yang dipamerkan di segenap pelusuk Istana Alam Shah.

“Seusai santapan tengahari, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong turut berkenan beramah mesra bersama Kerabat Diraja Selangor,” menurutnya menerusi Facebook.

Terdahulu, Tunku Azizah berkenan menerima Darjah Kerabat Selangor sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-78 Sultan Sharafuddin.

Darjah kebesaran itu, yang dizahirkan pada 1961 dikurniakan kepada kaum kerabat Diraja di Malaysia selain raja-raja negara lain sebagai penghormatan dan persahabatan akrab dengan Sultan Selangor.


Pengarang :