EXCO Infrastruktur dan Industri Asas Tani Ir Izham Hashim berucap ketika majlis perasmian program Pembangunan Agroprenuer Bantuan Nelayan di Jeti Pengkalan Sungai Sireh, Pelabuhan Klang pada 9 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

ADN tumpu baik pulih infrastruktur bawah Projek Selangor Penyayang

SHAH ALAM, 11 JAN: Ahli Dewan Negeri (ADN) Pandan Indah memfokuskan baik pulih infrastruktur untuk dewan, surau dan masjid di bawah peruntukan Projek Selangor Penyayang.

Ir Izham Hashim berkata pihaknya turut memberi tumpuan aspek penyelenggaraan dan naik taraf prasarana awam bagi memastikan masyarakat dapat manfaat.

“Tahun lalu 11 projek dilaksana antaranya naik taraf kerangka bumbung dewan komuniti, baik pulih tandas, turap jalan di klinik kesihatan, memasang ‘awning’ (sengkuap), membina pondok kawalan dan menukar atap kuil.

“Perancangan tahun ini kita akan fokus projek yang beri impak kepada masyarakat seperti naik taraf dewan, surau dan masjid,” katanya kepada SelangorKini.

Tahun lalu, ketika membentang Belanjawan 2024, Dato’ Menteri Besar memaklumkan RM24 juta diperuntuk bagi meningkatkan kualiti fasiliti awam dan membina prasarana baharu.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata RM10 juta diperuntuk bagi mengecat dan memperbaiki fasiliti pangsapuri kos rendah serta sederhana melebihi 15 tahun.

RM14 juta diperuntuk dengan RM250,000 bagi setiap 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).


Pengarang :