AGENDANASIONAL

Amaran hujan hampir semua daerah di Selangor hingga 10 malam

SHAH ALAM, 30 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di hampir semua daerah di Selangor hingga 10 malam.

Agensi itu memaklumkan daerah tersebut ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang

Cuaca hujan disertai angin kencang dijangka turut melanda Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa kawasan di Perak, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :