Ahli Dewan Negeri Taman Templer Anfaal Saari menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran dan ribut di DUN Taman Templer pada 16 Januari 2024. Foto Facebook Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer
ADNSELANGOR

DUN Taman Templer sedia RM500,000 bantu persatuan laksana kegiatan masyarakat

SHAH ALAM, 17 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer memperuntuk RM500,000 tahun ini sebagai dana sumbangan kepada pelbagai institusi untuk melaksanakan kegiatan kemasyarakatan.

Wakil rakyatnya berkata penyerahan sumbangan secara berkala dibuat kepada badan bukan kerajaan (NGO), surau dan persatuan yang memohon melalui pusat khidmat masyarakat DUN Taman Templer.

Ahli Dewan Negeri Taman Templer Anfaal Saari ketika ditemui media selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2024 di Bangunan SUK pada 10 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Cek sumbangan diserahkan kepada mereka dan diharap dapat merancakkan lagi aktiviti masyarakat di DUN Taman Templer,” kata Anfaal Saari ketika dihubungi.

Anfaal berkata pihaknya turut menyalurkan bantuan kewangan segera semalam kepada lapan keluarga mangsa kebakaran dan satu keluarga mangsa ribut yang terjejas akibat bencana berkenaan baru-baru ini.

“Setiap keluarga menerima bantuan kewangan segera RM500. Semoga dengan sumbangan tersebut dapat mengurangkan beban kewangan mereka,” katanya.


Pengarang :