Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial Malaysian Meteorological Department serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Gombak antara tiga daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 2 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda tiga daerah di Selangor sehingga 7 malam ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan daerah terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Cuaca sama diramal melanda seluruh Kuala Lumpur dan Melaka selain beberapa daerah di Perak, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 

 


Pengarang :