Sebahagian karya terjemahan penting dan menarik bawah Siri Pencerahan Selangor yang digerakkan Inisiatif Buku Darul Ehsan. Grafik Selangorkini
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

IBDE sasar terjemah lapan siri kitab Ihya’ Ulumuddin

SHAH ALAM, 5 JAN: Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE), syarikat penerbitan yang menerima geran Kerajaan Negeri, bakal menerbit 35 naskhah termasuk kitab Ihya’ Ulumuddin tulisan Imam Al Ghazali mulai tahun ini.

Pengarah Eksekutifnya Farhan Affandi memaklumkan pihaknya juga menyasarkan menterjemah lapan siri kitab karangan ulama tersohor itu pada hujung tahun ini.

“Buat masa ini terjemahan karya Ihya’ Ulumuddin sudah masuk jilid ke-2 dan kami sasar terjemah hingga ke jilid 8 pada hujung tahun ini,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, melalui kerjasama Media Selangor, IBDE juga merancang untuk merancakkan usaha menterjemah pelbagai karya agung tahun ini.

“Rancangan tahun ini juga karya terjemahan IBDE yang mendapat sambutan dan jualan tertinggi tahun lalu dicetak ulang untuk memenuhi permintaan pembaca,” katanya.

IBDE menerima geran daripada Kerajaan Negeri untuk menjayakan kegiatan penterjemahan buku pelbagai genre antaranya agama, sejarah dan falsafah menerusi projek Siri Pencerahan Selangor.


Pengarang :