AGENSISELANGOR

Jais anjur pertandingan video tema Ramadan, tawar hadiah wang tunai

SHAH ALAM, 20 JAN: Orang ramai dipelawa menyertai pertandingan video kreatif sempena Ramadan anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM2,500, agensi itu memaklumkan tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Februari depan.

Menurut Jais, peserta hanya perlu menghasilkan video pendek tidak lebih dua minit yang bertemakan bulan Ramadan dan membawa mesej positif.

Peserta perlu muat naik di media sosial mereka dengan menggunakan tanda pagar #islamicsaviourobedience #puasa2024

Bagi pertandingan ini, pemenang hadiah utama bakal membawa pulang wang tunai RM700, tempat kedua (RM500) dan ketiga (RM300). Selain itu, 10 pemenang saguhati masing-masing memenangi wang tunai RM100.


Pengarang :