Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial Malaysian Meteorological Department serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Klang, Petaling antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 8 malam

SHAH ALAM, 19 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal hujan lebat dan ribut petir melanda enam daerah di Selangor sehingga 8 malam.

Menurut agensi itu di Facebook, daerah berkenaan meliputi Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama turut diramal melanda beberapa kawasan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :