Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial Malaysian Meteorological Department serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kuala Selangor, Gombak antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 6 petang

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 8 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal hujan lebat dan ribut petir melanda empat daerah di Selangor sehingga 6 petang ini.

Menurut agensi itu di Facebook, daerah berkenaan meliputi Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak.

Cuaca sama turut dijangka berlaku di seluruh Melaka dan beberapa daerah di Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :