Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 di Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 15 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB: Sasar nilai pelaburan RM50 bilion tahun ini, tingkat peratus KDNK

SHAH ALAM, 15 JAN: Nilai pelaburan tahun ini disasar sehingga RM50 bilion selepas melihat perkembangan ekonomi serta pembukaan beberapa sektor.

Dato’ Menteri Besar berkata sasaran nilai itu meningkat RM5 bilion berbanding nilai perolehan yang diterima sepanjang 2023 berjumlah RM45 bilion.

“Kita yakin boleh capai sasaran RM50 bilion. Sekiranya nilai pelaburan meningkat sehingga enam peratus, kita dapat catat minimum kenaikan sehingga 0.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


Penjawat awam mendengar ucapan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 di Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 15 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Mungkin KDNK Selangor mencapai 26 peratus tetapi kita mahu lihat dahulu nilai dicatat tahun lalu. Data jabatan perangkaan masih belum keluar,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 di sini hari ini.

Tahun lalu, Kerajaan Selangor menyasar unjuran nilai pelaburan berjumlah RM45 bilion dengan sektor perkhidmatan menyumbang RM32 bilion diikuti sektor pembuatan RM12 bilion.

EXCO Pelaburan Ng Sze Han berkata 657 projek pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan telah diluluskan di Selangor dengan nilai pelaburan RM29.72 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun lalu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama penerima insentif penghargaan dari jabatan dan pejabat pemungut hasil bagi prestasi kutipan hasil 2023 pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 di Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 15 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Selangor turut diumumkan penyumbang KDNK terbesar dengan 25.5 peratus, sekali gus melebihi satu perempat ekonomi negara.

Pencapaian tertinggi dalam tempoh 14 tahun itu disumbang pelbagai sektor seperti pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan apabila negeri ini mencatatkan peratusan tertinggi masing-masing 32.2, 34.1 dan 26.5 peratus.


Pengarang :