Datuk Bandar Subang Jaya Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di Ibu Pejabat MBSJ, Subang Jaya pada 22 Disember 2023. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MBSJ sasar kutipan hasil meningkat lima peratus kepada RM331 juta tahun ini

SUBANG JAYA, 19 JAN: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyasarkan kutipan hasil tahun ini meningkat lima peratus berikutan peningkatan dicatat tahun lalu.

Datuk Bandar Subang Jaya Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata sasaran tahun lalu RM315 juta namun MBSJ berjaya mengutip RM322 juta.

“Oleh itu, tahun ini kita sasar kutipan catat RM331 juta yang mana meningkat lima peratus. Untuk peningkatan ini, MBSJ sasar kutipan cukai sahaja bernilai RM232 juta.

“Sasaran kutipan ini daripada pelbagai hasil antaranya cukai taksiran, lesen dan permit, perkhidmatan, jualan serta sewaan,” katanya selepas majlis angkat sumpah ahli majlis MBSJ di ibu pejabat MBSJ di sini, semalam.


Seramai 23 individu termasuk lima wanita menerima watikah pelantikan sebagai ahli majlis Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) yang disampaikan Datuk Bandar Subang Jaya Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim pada 18 Januari 2024. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/SELANGORKINI

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan MBSJ bakal menjana hasil baharu melalui beberapa kaedah tahun ini.

“Selain kutipan hasil sedia ada, MBSJ juga bakal menjana hasil baharu. Perkara ini dalam perbincangan dan bertujuan meningkatkan jumlah kutipan hasil,” ujarnya.

Terdahulu, seramai 23 individu termasuk enam yang baharu mengangkat sumpah sebagai ahli majlis MBSJ bagi penggal 2024-2025.


Pengarang :