Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 27 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Tanjung Sepat, Sementa, Banting lokasi jualan murah barangan dapur esok

SHAH ALAM, 15 JAN: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan lagi ke tiga lokasi esok.

PKPS menerusi Facebook memaklumkan program bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Sepat bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari dijadual berlangsung di dataran Masjid Attoyibin, Kampung Endah.

Selain itu ia turut diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Perepat (DUN Sementa) dan pusat khidmat masyarakat DUN Banting.

Selepas berehat dua minggu JER kembali menemui orang ramai dengan 1,500 ekor ayam disedia di tiga lokasi hari ini.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM13).

Lokasi terkini JER boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR Jadual JER pada imej infografik PKPS atau rujuk pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :