Hujan lebat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur pada 18 Julai 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tujuh daerah Selangor, KL diramal hujan lebat hingga 10 malam

SHAH ALAM, 5 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda tujuh daerah di negeri ini hingga 10 malam.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan tujuh daerah berkenaan adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Petaling, Gombak dan Hulu Langat.

Cuaca sama dijangka turut berlaku di Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Hujan lebat juga boleh berlaku di negeri-negeri lain sekiranya terdapat luruan monsun kuat atau dan wujud sistem cuaca bertekanan rendah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :