Hujan lebat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur pada 18 Julai 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tujuh daerah Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 1.00 pagi esok

SHAH ALAM, 9 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal hujan lebat dan ribut petir melanda tujuh daerah di Selangor sehingga 1 pagi esok.

Menurut agensi itu di Facebook, daerah berkenaan meliputi Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang selain Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

<div”>


Pengarang :