Ahli Dewan Negeri Batu Tiga Danial Al-Rashid dan Ahli Parlimen Shah Alam Azli Yusof ketika menonton perlawanan Malaysia menentang Jordan pada Piala Asia Doha, Qatar di Restoran Haji Qasim Bistro, Alam Avenue pada 16 Januari 2024. Foto Danial Al-Rashid
ADNSELANGOR

Wakil rakyat sedia skrin besar, tayang aksi Harimau Malaya di Piala Asia

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 17 JAN: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam dan Dewan Undangan Negeri Batu Tiga menyediakan skrin besar untuk penyokong menyaksikan aksi Harimau Malaya pada Piala Asia di Doha.

Ahli Dewan Negeri Batu Tiga berkata tayangan di Restoran Haji Qasim Bistro, Alam Avenue itu bukan sahaja sebagai tanda sokongan kepada pasukan negara malah medan untuk mendekati masyarakat terutama anak muda.

“Selain acara menarik seperti cabutan bertuah dan timbang bola, pengunjung juga diberikan baucar RM4 yang boleh digunakan di restoran terbabit.

“Melihat pada maklum balas pengunjung, kita akan teruskan tayangan skrin besar untuk dua perlawanan membabitkan pasukan negara. Acara sama akan diadakan dan berharap lebih ramai dapat hadir bagi sama-sama memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya,” kata Danial Al-Rashid ketika dihubungi.

Ahli Dewan Negeri Batu Tiga Danial Al-Rashid menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang pada tayangan skrin besar Piala Asia Doha, Qatar di Restoran Haji Qasim Bistro, Alam Avenue pada 16 Januari 2024. Foto Danial Al-Rashid

Pada 16 Januari lalu, lebih 100 pengunjung mengikuti tayangan skrin besar di Restoran Haji Qasim Bistro, Alam Avenue pada perlawanan Malaysia menentang Jordan yang turut dihadiri Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof.


Pengarang :