Menteri Pendidikan yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Pusat Fadhlina Sidek (dua, kiri) melihat barangan keperluan harian sebelum menyempurnakan simbolik pelepasan Konvoi Misi Bantuan Pascabanjir Wanita KEADILAN di Presint 10, Putrajaya pada 5 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Wanita KEADILAN agih barangan keperluan bantu mangsa bah Pantai Timur

PUTRAJAYA, 5 JAN: Pelbagai jenis barangan keperluan bernilai lebih RM300,000 disumbangkan menerusi Misi Pascabanjir Pantai Timur Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Ketua wanitanya berkata barangan berkenaan termasuklah kit kebersihan, barangan bayi, tuala wanita, pakaian, telekung, sejadah serta bakul makanan.

Menurut Fadhlina Sidek, barangan disumbang pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), syarikat dan individu akan disalurkan kepada kira-kira 1,000 keluarga mangsa bah di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Menteri Pendidikan yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Pusat Fadhlina Sidek bercakap kepada media selepas menyempurnakan simbolik pelepasan Konvoi Misi Bantuan Pascabanjir Wanita KEADILAN di Presint 10, Putrajaya pada 5 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Sebanyak enam pacuan empat roda akan digerakkan bagi misi pascabanjir di Pantai Timur bermula esok bagi menghantar barangan keperluan yang dijangka memanfaatkan kira-kira 1,000 keluarga.

“Wanita KEADILAN di setiap negeri sudah bersiap siaga untuk menguruskan koordinasi bantuan kepada mereka yang terjejas,” katanya selepas menyempurnakan majlis pelepasan Misi Bantuan Pascabanjir Wanita KEADILAN di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Fadhlina berkata bantuan pascabanjir fasa dua Wanita KEADILAN diteruskan dalam masa terdekat membabitkan bantuan peralatan sekolah untuk sesi persekolahan tahun depan.

Sementara itu Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Komunikasi Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata pihaknya menjadi pemudahcara untuk sumbangan tuala wanita bernilai RM38,000 untuk misi kali ini.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI Selangor Ahmad Azri Zainal Nor bercakap kepada media selepas menyempurnakan simbolik pelepasan Konvoi Misi Bantuan Pascabanjir Wanita KEADILAN di Presint 10, Putrajaya pada 5 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Kita bekerjasama dengan pihak Kotex iaitu pengeluar dan pengedar tuala wanita yang juga vendor bagi program kemiskinan haid anjuran MBI untuk sumbangan kepada misi ini.

“Apabila saya maklumkan kepada mereka kepada misi ini, mereka sedia menyumbang dan MBI aturkan dengan penganjur,” katanya.

Pahang, Kelantan dan Terengganu antara negeri paling teruk baru-baru ini terjejas banjir dengan ribuan mangsa terlibat.

Menteri Pendidikan yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Pusat Fadhlina Sidek (dua, kiri) menyempurnakan simbolik pelepasan Konvoi Misi Bantuan Pascabanjir Wanita KEADILAN di Presint 10, Putrajaya pada 5 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :