EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu bercakap kepada media selepas Majlis Apreasiasi Jasa Bakti Ketua Komuniti Kaum India (KKI) Negeri Selangor Sesi Lantikan 2021-2023 di Hotel Wyndham Achmar, Klang pada 30 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Negeri perkasa pendidikan Orang Asli, galak lanjut kursus TVET

SHAH ALAM, 5 JAN: Kerajaan Negeri menumpukan usaha untuk mengatasi isu keciciran pendidikan dalam kalangan anak Orang Asli selain menggalakkan mereka mempelajari bidang kemahiran tinggi.

EXCO hal ehwal orang asli berkata antara langkah yang dilaksanakan ialah membantu mereka mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC

“STDC adalah institusi pendidikan teknikal di bawah Kerajaan Negeri yang menawarkan pelbagai latihan berkualiti. Ia seiring matlamat melahirkan ramai pekerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan industri.

“Malah Kerajaan Negeri turut menawarkan penajaan menerusi Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS),” kata V Papparaidu  pada sidang media selepas mesyuarat penyelarasan baucar Jom Shopping Tahun Baru Cina di pusat pentadbiran negeri di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan memastikan anak Orang Asli tidak tercicir dan mendapat peluang melanjutkan pengajian seperti kaum lain lain seiring dasar negeri yang amat menitikberatkan bidang pendidikan.

“Kita harap usaha ini akan membina masa hadapan yang baik. Tanpa pendidikan mereka akan terdedah kepada gejala sosial,” katanya.


Pengarang :