Pengerusi Persatuan Taska Tadika & Pusat Jagaan Selangor Mahanom Basri (tengah, duduk) dan Eksekutif Pengurusan Program dan Pemasaran Yayasan Warisan Anak Selangor Muhammad Azizul Abu Bakar (tiga, kanan duduk) bergambar bersama peserta selepas majlis penutup Program Iltizam Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Selangor Siri 1 di Hotel Geno, Shah Alam pada 21 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Yawas sasar 1,000 individu sertai 20 siri kursus asuhan percuma

SHAH ALAM, 21 JAN: Seramai 50 individu menyertai siri pertama kursus asuhan bawah program Iltizam Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Selangor (IMPAK Selangor) di Geno Hotel di sini, hari ini.

Eksekutif pengurusan program dan pemasaran Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) berkata kursus  percuma kendalian Persatuan Taska Tadika & Pusat Jagaan Selangor (PTNS) bertujuan membantu pengasuh di rumah menjana pendapatan tambahan.

Eksekutif Pengurusan Program dan Pemasaran Yayasan Warisan Anak Selangor Muhammad Azizul Abu Bakar ketika program Iltizam Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Selangor Siri 1 di Hotel Geno, Shah Alam pada 21 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Menerusi kursus ini juga, Yawas akan mengumpul jumlah sebenar pengasuh di rumah sebelum membangunkan aplikasi bagi memudahkan ibu bapa mencari maklumat pengasuh seluruh Selangor.

“Yawas menyasarkan seramai 1,000 pengasuh menyertai kursus yang membabitkan 20 siri sepanjang tahun ini,” kata Muhammad Azizul Abu Bakar ditemui pemberita selepas program berkenaan.

Beliau turut memaklumkan seramai 200 pengasuh berpeluang menerima geran bernilai RM2,000 setiap seorang yang bakal diberikan dalam satu majlis pada Jun dan Disember nanti.

“Pemilihan pemenang adalah berdasarkan penglibatan sepanjang kursus, penilaian di tempat jagaan dan beberapa aspek lain,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PTNS Mahanom Basri berkata pengasuh kanak-kanak di rumah merupakan golongan pendidik awal yang perlu dilengkapkan dengan ilmu asuhan.

Pengerusi Persatuan Taska Tadika & Pusat Jagaan Selangor Mahanom Basri berucap sempena majlis penutup program Iltizam Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Selangor Siri 1 anjuran Yayasan Warisan Anak Selangor di Hotel Geno, Shah Alam pada 21 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Menerusi program ini, kita terapkan tiga aspek kepada pengasuh ilmu, kemahiran dan personaliti sebagai pendidik awal kanak-kanak.

“Saya berharap setiap peserta dapat mengamalkan ilmu yang diterima dan meningkatkan martabat pendidikan awal kanak-kanak,” katanya.

IMPAK Selangor anjuran Yawas merupakan program latihan atau kursus asas dalam bidang pengasuhan yang ditawarkan percuma kepada semua pengasuh di rumah yang mengasuh anak asuhan tidak lebih daripada tiga orang.

Sebahagian peserta membuat persembahan ketika majlis penutup program Iltizam Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Selangor Siri 1 anjuran Yayasan Warisan Anak Selangor di Hotel Geno, Shah Alam pada 21 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :