Penyanyi Kaka Azraf menghiburkan pengunjung ketika Program Panggilan Intifada Doa Untuk Palestin di Dataran Karnival Perkarangan Stadium Shah Alam pada 30 Disember 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Artis, pemain Selangor FC meriahkan Karnival Bandaraya Diraja Klang

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 10 FEB: Orang ramai dijemput memeriahkan Karnival Bandaraya Diraja Klang di Kompleks Sukan Pandamaran bermula Jumaat hingga Ahad depan.

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memaklumkan pelbagai aktiviti menarik disedia antaranya persembahan artis dan penampilan khas pemain Selangor FC.

Tiga motosikal menanti pengunjung bertuah selain pameran reruai agensi kerajaan dan swasta serta persembahan bunga api.

Turut dianjurkan festival makanan, soopa-doopa, klinik bola sepak, pertandingan mewarna, cabutan bertuah, pertandingan e-sukan dan bola jaring tiga lawan tiga.

Pada 5 Februari lalu, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyempurnakan istiadat pengisytiharan MBDK.

Baginda berkenan melafazkan pengisytiharan dan mengumumkan pelantikan Datin Paduka Noraini Roslan sebagai datuk bandar MBDK berkuat kuasa 23 November tahun lalu.


Pengarang :