Gambar hiasan menunjukkan seorang lelaki menyiram wajah dengan air berikutan cuaca panas terik. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Cuaca panas: Masyarakat dinasihat jimat air, hadkan masa luar bangunan

SHAH ALAM, 13 FEB: Orang ramai dinasihat mengambil langkah berjaga-jaga susulan cuaca panas melanda negara pada fasa terakhir monsun timur laut sehingga penghujung Mac depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan dalam tempoh itu litupan awan dan taburan hujan berkurangan di kebanyakan tempat di utara Semenanjung termasuk Perak, Pahang dan Kelantan.

“Semua pihak dinasihatkan supaya mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk hadkan tempoh berada di luar bangunan bagi mengelakkan pendedahan kepada cuaca panas,” katanya dalam kenyataan.

Menurut MetMalaysia, cuaca panas ketika ini adalah fenomena berulang saban tahun pada setiap Februari hingga Mac yang mana suhu maksimum melebihi 35 darjah selsius.

“Setakat ini suhu tertinggi yang dicatatkan oleh stesen MetMalaysia adalah 36.9 selsius iaitu di Chuping, Perlis pada 8 Februari lalu.

“Berikutan fenomena El Nino kuat yang sedang melanda dunia pada ketika ini, dijangkakan suhu maksimum harian di negara kita boleh menjadi lebih tinggi di kebanyakan tempat.”

 


Pengarang :