EXCO Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), Insfrastuktur Digital Dr Mohammad Fahmi Ngah diberi penerangan ketika kunjung hormat dan lawatan ke Digital Nasional Berhad, Kuala Lumpur pada 19 Februari 2024.. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Liputan rangkaian 5G sepenuhnya di Selangor pada 2025

KUALA LUMPUR, 20 FEB: Capaian rangkaian 5G di Selangor kini 96 peratus hingga Disember lalu, kata exco pembudayaan inovasi.

Dr Fahmi Ngah berkata Kerajaan Negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) Selangor fokus membangunkan liputan rangkaian 5G di 1,850 kawasan di seluruh negeri tahun ini.

“Ia bagi merealisasikan hasrat negeri mencapai liputan rangkaian 5G sepenuhnya iaitu 100 peratus pada 2025. Tumpuan di kawasan yang kurang mendapat liputan seperti Petaling Jaya dan Sabak Bernam.

“Fokus juga di kawasan yang berada dalam perancangan Kerajaan Negeri untuk bangunkan pusat ekonomi yang memerlukan penggunaan liputan teknologi 5G,” katanya ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke Digital Nasional Berhad (DNB) di The Exchange 106 di sini semalam.

EXCO Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), Insfrastuktur Digital Dr Mohammad Fahmi Nga bercakap kepada Media Selangor selepas kunjung hormat dan lawatan ke Digital Nasional Berhad, Kuala Lumpur pada 19 Februari 2024.. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Kerajaan Negeri juga akan membina 35 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bermula suku kedua tahun ini.

Beliau berkata pusat ekonomi digital itu akan dilengkapi akses Internet, penggunaan teknologi digital serta latihan keusahawanan untuk bantu peniaga menggunakan platform digital dalam operasi perniagaan.

“Setakat ini 48 PEDi beroperasi di seluruh negeri, kita akan tambah 35 lagi tahun ini untuk rancakkan ekonomi digital setempat.

“Negeri akan dapatkan maklum balas daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) untuk kenal pasti tahap keperluan bangunkan PEDi di kawasan mereka,” katanya.

Pengarang :