AGENDANASIONAL

Pelancong Perancis sesat lebih lapan jam di Taman Negara Pulau Pinang diselamatkan

BALIK PULAU, 20 FEB: Lelaki warga Perancis sesat lebih lapan jam ketika menjalankan aktiviti mendaki di Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Younes Oukali, 37, pada 6.07 petang memaklumkan mangsa sesat.

“Berikutan itu pihak bomba terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan melakukan pendakian serta bantuan bot oleh pihak Taman Negara Pulau Pinang untuk ke Teluk Kampi.

Beliau berkata mangsa yang boleh dihubungi menerusi telefon bimbitnya ditemukan pada 1.22 pagi dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya 17 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Balik Pulau terlibat dalam operasi itu yang tamat pada 4.58 pagi ini.

– BERNAMA


Pengarang :