Stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) berasaskan solar yang pertama di negara ini boleh digunakan di Restoran Jejantas Ayer Keroh Lebuh Raya Utara-Selatan pada 13 Disember 2018. Foto BERNAMA
EXCOSELANGOR

Lebih 600 unit pengecas dipasang, pertimbang insentif pengguna EV

SHAH ALAM, 29 FEB: Sebanyak 681 unit pengecas kenderaan elektrik (EV) dipasang di seluruh negeri setakat ini, kata EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin.

Menjawab soalan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini, beliau berkata jumlah itu bagi memenuhi sasaran pembinaan 1,000 stesen menjelang 2025.

“Kerajaan Negeri juga dalam peringkat akhir perbincangan untuk memberi insentif bagi meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik dengan menyebarluaskan skim parkir percuma,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjalankan projek rintis dengan menyediakan garis panduan berhubung pemasangan pengecas EV di seluruh negeri.

Jelasnya, pihak berkuasa tempatatan (PBT) itu akan mengkaji secara mendalam sebelum dibentangkan kepada Kerajaan Negeri untuk dikuatkuasakan di kawasan lain.


Pengarang :