Warden trafik Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bersiap sedia ketika majlis pelancaran di Pusat Konvensyen MPAJ, Ampang Jaya pada 6 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MPAJ lantik 175 warden trafik bantu urai kesesakan lalu lintas

AMPANG JAYA, 6 FEB: Seramai 175 penguat kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dilantik sebagai warden trafik berkuat kuasa 1 Februari tahun lalu.

Yang dipertuanya berkata lantikan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bertujuan menangani isu kesalahan lalu lintas dengan lebih berkesan.

“Warden trafik akan menguat kuasa beberapa peraturan yang membolehkan tindakan penundaan kenderaan, kapit tayar serta kompaun jalan raya,” kata Dr Ani Ahmad.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyempurnakan pelancaran warden trafik MPAJ di Pusat Konvensyen MPAJ di sini.

Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari ketika melancarkan warden trafik Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Pusat Konvensyen MPAJ, Ampang Jaya pada 6 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Menurut Dr Ani, pelantikan warden trafik membantu menyuraikan kesesakan lalu lintas sehingga 20 peratus khususnya di kawasan tumpuan tinggi.

Jelasnya, 700 kompaun kesalahan lalu lintas dikeluarkan MPAJ sejak penguat kuasa itu mula menjalankan tugas secara rasmi bulan lalu.

“Tiada isu pertindihan kuasa antara pihak polis trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kami hanya membantu penguat kuasa menurut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.


Pengarang :