EXCO Kerajaan Tempatan Ng Suee Lim menjawab soalan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-15 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 28 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

PBT boleh potong bekalan utiliti kilang ingkar syarat pemutihan

SHAH ALAM, 29 FEB: Pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana kilang yang tidak membuat pemutihan mengikut syarat ditetapkan.

EXCO Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim berkata tindakan bersama agensi berkaitan seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) termasuk pemotongan bekalan air dan elektrik.

“Pelaksanaan syarat teknikal minimum kilang yang tersenarai dalam Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) ini membantu setiap pekilang untuk mematuhinya,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Sementa Noor Najhan Mohamad Salleh berhubung usaha negeri memastikan kilang mematuhi syarat ditetapkan dalam sidang Dewan Negeri hari ini.

Dalam pada itu, Suee Lim berkata sebanyak 277 kilang haram dikesan tidak memohon pemutihan di Dewan Undangan Negeri Sementa, manakala 347 dalam proses.

 


Pengarang :