Salah satu lukisan mural di Laman Seni 7, Shah Alam. Foto Facebook MBSA
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Pertandingan lukis mural Laman Seni 7 tawar wang tunai RM57,500

SHAH ALAM, 11 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM57,500 bagi pertandingan melukis mural di Laman Seni 7 di sini.

Anjuran Seksyen Kebudayaan dan Pelancongan, Jabatan Pembangunan Komuniti, johan pertandingan Wall Battle @Laman Seni 7 berpeluang memenangi RM10,000.

Naib johan pula bakal membawa pulang RM8,000, tempat ketiga (RM7,000) serta 13 saguhati (RM2,500).

Orang ramai boleh menyertai pertandingan dengan mendaftar menerusi kod QR yang disediakan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia pertandingan, Mohd Afiq di talian 018-366 7273 dan Ahmad Zikry 017-608 4381.


Pengarang :