AGENDANASIONAL

Ramalan hujan lebat, ribut petir di Hulu Selangor hingga 6 petang

SHAH ALAM, 8 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di Hulu Selangor hingga enam petang ini.

Cuaca hujan disertai ribut petir turut dijangka melanda Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :