Antara doa-doa dan harapan yang ditulis di atas kertas merah mula digantung sebagai hiasan Tahun Baharu Cina oleh penduduk setempat di Kampung Baru, Gua Musang pada 7 Februari 2024. Foto Facebook BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tahun Naga diharap bawa kebahagiaan, rezeki yang bertambah – Nanta

KUALA LUMPUR, 10 FEB: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghua yang menyambut perayaan itu hari ini, dengan harapan kedatangan tahun naga akan membawa kebahagiaan dan rezeki yang bertambah.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau turut menasihati orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman ataupun bercuti bersama keluarga supaya merancang perjalanan dengan baik.

“Sempena tahun naga yang disambut pada tahun ini, saya berharap agar perayaan Tahun Baharu Cina 2024 akan membawa kebahagiaan yang melimpah dan rezeki yang bertambah.

“Bagi yang ingin pulang ke kampung halaman atau bercuti bersama keluarga, sila rancang perjalanan dengan baik. Semoga selamat tiba ke destinasi yang ingin dituju,” katanya.

– BERNAMA


Pengarang :