AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di empat daerah Selangor, KL hingga 7 malam

SHAH ALAM, 24 MAC: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda empat daerah di Selangor termasuk Kuala Lumpur hingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook memaklumkan daerah terbabit ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Cuaca sama turut melanda beberapa daerah di Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :