EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu (tengah) bersama Ahli Dewan Negeri Batu Tiga Danial Al-Rashid (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Program Jalinan Mesra Semarak Kasih Ramadan anjuran Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia dan Pembeasmian Kemiskinan di Hotel Concorde, Shah Alam pada 25 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Dana RM50,000 bantu masjid, surau DUN Batu Tiga semarak program Ramadan

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 26 MAC: Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga memperuntuk RM50,000 untuk masjid dan surau di kawasan berkenaan.

Wakil rakyatnya Danial Al-Rashid Haron berkata dana itu bagi menyemarak program ihya di institusi Islam sepanjang Ramadan ini.

“Lebih 40 masjid dan surau masing-masing menerima sumbangan RM1,000. Kita masih menerima permohonan beberapa masjid untuk bantuan tambahan dan akan melihat keperluan dari semasa ke semasa.

“Ini termasuklah bakul makanan dan saguhati untuk program yang dianjurkan masjid dan surau,” katanya ketika ditemui pada program Jalinan Ukhuwah anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Sosio Ekonomi di Hotel Concorde Shah Alam, semalam.

EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu (tengah) bersama Ahli Dewan Negeri Batu Tiga Danial Al-Rashid bergambar pada Program Jalinan Mesra Semarak Kasih Ramadan anjuran Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan di Hotel Concorde, Shah Alam pada 25 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Menurut Danial, pelbagai program disediakan sepanjang Ramadan ini termasuklah 2,000 bekas bubur lambuk yang akan diedar melalui ahli majlis dan ketua kampung.

“Selain itu, PKM DUN Batu Tiga akan edarkan 850 baucar Jom Shopping bernilai RM200 pada Khamis ini di Pasaraya Giant Kemuning Utama,” katanya.


Pengarang :