Pengunjung membeli barangan dapur pada harga berpatutan di Jualan Agro Madani sempena hari terakhir Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Disember 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Jualan Agro Madani bantu rakyat jimat lebih RM27 juta tahun lalu

SHAH ALAM, 5 MAC: Program Jualan Agro Madani berjaya memberikan penjimatan harga barangan sebanyak RM27.8 juta kepada rakyat tahun lalu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata penjimatan itu melibatkan kira-kira 11.6 juta isi rumah.

“Setakat 31 Disember 2023, sebanyak 5,608 program jualan dilaksanakan dan mencatat 2.9 juta pengunjung di sepanjang penganjuran tersebut.

“Inisiatif ini turut mencatatkan penglibatan sebanyak 74,800 usahawan dengan nilai jualan sebanyak RM93.74 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammudin Hussein dalam Sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Arthur menambah program jualan itu secara berterusan mencerminkan tekad Kerajaan Perpaduan dalam menangani kos sara hidup dan memastikan rakyat sentiasa mendapat bekalan makanan mencukupi.

“Kerajaan menyasarkan untuk menganjurkan sebanyak 5,000 program itu untuk tahun ini,” katanya.


Pengarang :