Anggota bomba giat memadam kebakaran di hutan seluas 0.8 hektar dekat Bukit Broga, Semenyih pada 17 Mac 2024. Foto Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih
AGENDANASIONAL

Kebakaran hutan Bukit Broga padam sepenuhnya awal pagi ini

SHAH ALAM, 18 MAC: Kebakaran kawasan hutan dianggarkan berkeluasan lima ekar (dua hektar) di Bukit Broga, Semenyih, sejak malam tadi dipadam sepenuhnya awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata operasi ditamatkan jam 3.30 pagi dengan kekuatan 28 anggota, lapor Berita Harian.

Beliau berkata pihaknya mengambil masa antara 30 ke 45 minit untuk memanjat ke puncak bukit berikutan tidak mempunyai akses kenderaan ke lokasi kebakaran.

“Kebakaran mudah merebak ke beberapa tompok-tompok api disebabkan tiupan angin di sekitar bukit.
Pemadaman dibuat menggunakan kaedah pukul api (fire beater) berikutan tiada sumber air,” katanya.

Laporan kejadian diterima jam 7.39 malam tadi sebelum sebuah jentera bersama sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dikerah ke lokasi kejadian.

Punca kejadian belum dapat dipastikan dan tiada mangsa dilaporkan terbabit.


Pengarang :