Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Dr Ani Ahmad (tengah) menyampaikan replika kunci kediaman kepada asnaf di ibu pejabat MPAJ, Kuala Lumpur pada 13 Mac 2024. Hadir sama Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf Lembaga Zakat Selangor Md Yusmizan Yusuf (tiga, kanan). Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

LZS belanja lebih RM500,000 bantu 10 asnaf miliki rumah sendiri

SHAH ALAM, 21 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan bayaran RM532,795 kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi pembelian 10 unit rumah kos rendah.

Agensi itu memaklumkan kediaman di Pangsapuri Desa Lembah Permai ditawarkan oleh pihak berkuasa tempatan itu kepada asnaf fakir miskin.

“Semoga bantuan yang diberikan kepada asnaf ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka.

“Terima kasih kepada pembayar zakat yang telah menyempurnakan hasrat mereka untuk memiliki rumah pertama,” katanya di Facebook.

Majlis penyerahan cek cura disempurnakan Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad bersama Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS Md Yusmizan Yusuf pada 13 Mac.

Turut hadir 10 penerima bantuan, Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail dan Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad.


Pengarang :