Datuk Bandar Subang Jaya Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim (tenga) merasmikan program ‘Walkabout’ Bazar Ramadan Majlis Bandaraya Subang Jaya di USJ 4 pada 19 Mac 2024. Turut hadir Pengurus Besar Bahagian Strategik & Kelestarian Petronas Dagangan Berhad Harlina Pikri (tiga, kanan) dan Ahli Dewan Negeri Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze (tiga, kiri). Foto MBSJ
PBTSELANGOR

MBSJ kumpul 110kg minyak terpakai, 602kg lebihan makanan

SHAH ALAM, 21 MAC: Sejumlah 110 kilogram (kg) minyak masak terpakai dikutip di empat bazar Ramadan bawah Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) setakat Isnin lalu.

Bahagian komunikasi korporat MBSJ memaklumkan kutipan tertinggi direkod di bazar Ramadan Bandar Kinrara sebanyak 28kg diikuti USJ 4 (29kg), Taman Puncak Jalil (26kg) dan Taman Puchong Prima (17kg).

“Program kutipan minyak masak ini dilaksanakan sepanjang tempoh aktiviti bazar Ramadan pada setiap hari Sabtu mulai 5 petang hingga 7 malam.

“Peniaga yang mengambil bahagian akan diberikan bayaran wang tunai sebanyak RM3/per kg serta diberikan “Jerry Can” secara percuma untuk setiap kutipan minimum 10kg sementara stok masih ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertema ‘Kumpul, Jana Dan Dapatkan Wang Tunai’, program pengumpulan minyak masak terpakai ini turut mendapat kerjasama Petronas Dagangan Berhad yang menawarkan pertukaran tong gas percuma kepada peniaga pada Isnin, Khamis dan Sabtu.

Selain itu, tong kitar semula minyak masak turut disediakan di tujuh bazar Ramadan lain antaranya di USJ 7, Dataran Puchong Permai, Taman Puchong Indah, Taman Puchong Utama, Bandar Bukit Puchong, Taman Seri Serdang dan Taman Equine.

Sementara itu, sebanyak 602kg lebihan makanan yang dianggarkan bernilai RM14,448 dikumpul setakat Sabtu lalu.

Program yang dimulakan di bazar USJ 4 dengan kerjasama badan bukan kerajaan What A Waste (WaW) turut diperluas di enam lokasi lain tahun ini.


Pengarang :