Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas murah sempena Jualan Ehsan Rahmah (JER) Mega Tahun Baharu Cina di Kompleks 3k, SS13, Subang Jaya pada 9 Febuari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Permatang, Gombak Setia dan Sungai Ramal lokasi JER hari ini

SHAH ALAM, 30 MAC: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menawarkan barangan asas murah dianjur di tiga lokasi hari ini.

Bermula 9 pagi, jualan berlangsung di pejabat MPKK Kg Raja Musa (Permatang), Medan Selera Wira Seafood (Gombak Setia) dan tapak futsal Kompleks PKNS Bangi (Sungai Ramal).

JER diteruskan esok di Balai Raya Kampung Batu Belah (Bandar Baru Klang), Surau Nurul Iman Subang Suria (Kota Damansara), Dewan Orang Ramai Taman Gemilang (Dengkil) dan padi pukal parit 7, ban 3 (Sekinchan).

Jualan murah itu menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :