Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan ucapan selepas mendengar ceramah tadabbur al-Quran ketika Program Selangor Bertadabbur 2024 di Masjid Al – Husna Petaling Jaya pada 2 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Program Selangor Bertadabbur diperluas ke sekolah, masjid dan surau

SHAH ALAM, 4 MAC: Program Selangor Bertadabbur akan diperluaskan ke sekolah, masjid dan surau sebagai ikhtiar mendekatkan masyarakat dengan al-Quran, kata Dato’ Menteri Besar.

Malah, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri turut berhasrat meneruskan program tersebut di luar bulan Ramadan seperti sebelum ini.

“Program ini telah memasuki tahun keenam penganjurannya dan bakal melibatkan 20 surau dan masjid terpilih sepanjang Ramadan nanti.

“Kerajaan Negeri turut berhasrat meneruskan Program Selangor Bertadabbur di bulan selain Ramadan. Insya-Allah, program ini akan dijalankan di sekolah-sekolah, masjid dan surau,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata inisiatif itu sebagai ikhtiar mendekatkan masyarakat dengan al-Quran kerana kitab suci adalah panduan hidup umat Islam.

Program Selangor Bertadabbur mula diperkenal sejak 2019 bagi menghidupkan suasana Ramadan dengan aktiviti bermanfaat.

Memasuki tahun keenam, penganjurannya program tahun ini menampilkan tema surah Al-Hujurat yang akan disampaikan di 20 surau dan masjid terpilih sepanjang Ramadan ini.

Program tersebut merupakan anjuran Asatizah Selangor (ANAS) dengan kerjasama Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Jabatan Agama Islam Selangor akan turut mengedar karya terjemahan surah Al-Hujurat oleh Sheikh Majdi Makki terbitan ANAS.


Pengarang :