AGENDANASIONAL

Putrajaya, Klang, Kuala Langat diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 31 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal hujan lebat melanda Hulu Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang hingga 7 malam.

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca hujan disertai ribut petir turut melanda Putrajaya, Perlis, Melaka selain beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor dan Sarawak.

MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :