AGENDANASIONAL

Ramalan hujan lebat di KL, Gombak, Hulu Langat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 6 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Gombak dan Hulu Langat di Selangor serta Kuala Lumpur hingga 7 malam.

Menurut agensi itu, cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka berlaku di seluruh Melaka selain beberapa kawasan di Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Sawarak.

MetMalaysia  memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :