Oleh NAS NORZIELA NASBAH
KUALA LANGAT, 16 MAC: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan berangkat menyantuni anak yatim di Masjid Nurul Iman, Batu 10, Telok Panglima Garang di sini hari ini.
Pada program itu, Tengku Amir Shah berkenaan menyerahkan sumbangan Aidilfitri daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) bernilai RM87,900 kepada 586 anak yatim di daerah itu.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/03/RMS7-1-500x351.jpg.webp)
Baginda turut berkenan menyaksikan penyampaian cek cura sumbangan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bernilai RM600 ribu kepada Tabung Anak Yatim Yide.
Tengku Amir turut berkenan menunaikan solat Zuhur selepas program Ihya Ramadan dikendalikan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
Terdahulu, ketibaan Baginda disambut Pengerusi Mais Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Pengerusi Yide Tan Sri Mazlan Mansor.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/03/RMS12-1-500x343.jpg.webp)