Sektor logistik berkembang pesat di Pelabuhan Klang dan akan diperluas ke Pulau Carey bagi menjana ekonomi negeri. Foto ARKIB SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Selangor boleh akses sistem pelaburan MIDA, mudahkan tindakan susulan

SHAH ALAM, 6 MAC: Selangor menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Invest Selangor Berhad (Invest Selangor) boleh mengakses sistem Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mulai tahun ini.

EXCO Pelaburan Ng Sze Han berkata menerusinya Kerajaan Negeri berpeluang mengetahui maklumat berhubung pelaburan diluluskan agensi itu seterusnya dapat memantau prestasi projek dengan tersusun.

EXCO Pelaburan Ng Sze Han menjawab pertanyaan ketika Persidangan Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, Shah Alam pada 5 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Ini akan memudahkan tindakan susulan dan secara langsung meningkatkan kadar peratusan perlaksanaan projek pelaburan yang diluluskan.

“Selain itu, sekiranya sesuatu isu tidak dapat diselesaikan di meja rundingan, Invest Selangor Berhad akan mengatur lawatan tapak bersama agensi teknikal seterusnya mencari jalan penyelesaian yang tuntas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dalam sidang Dewan Negeri Selangor, semalam.

Minggu lalu, MIDA mengumumkan jumlah pelaburan direkodkan Selangor tahun lalu sebanyak RM55.3 bilion, melebihi sasaran RM45 bilion yang ditetapkan Kerajaan Negeri.

Nilai perolehan itu merangkumi pelaburan domestik dan asing itu dengan projek perkilangan atau sektor pembuatan mencatatkan peningkatan RM19.3 bilion berbanding RM12.2 bilion pada 2022.


Pengarang :