Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, Shah Alam pada 27 Februari 2024. Turut berangkat DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor rekod pelaburan RM55.3 bilion pada 2023, lebihi sasaran RM45 bilion

SHAH ALAM, 1 MAC: Selangor merekodkan jumlah pelaburan RM55.3 bilion tahun lalu melebihi sasaran RM45 bilion yang ditetapkan Kerajaan Negeri, kata EXCO Pelaburan.

Ng Sze Han berkata jumlah pelaburan merangkumi pelaburan domestik dan asing itu baharu sahaja diumumkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) semalam.

“Berdasarkan data MIDA juga untuk 2023, projek perkilangan atau sektor pembuatan mencatatkan peningkatan tahun ke tahun iaitu RM19.3 bilion tahun lalu berbanding RM12.2 bilion pada 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung kedudukan pelaburan negeri di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han menjawab soalan pada Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-15 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 1 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Sementara itu Sze Han berkata Selangor akan mengumumkan pelan pembangunan semikonduktor bagi menjana potensi pelaburan tinggi ke negeri itu.

Menurutnya pelan yang akan diumum Dato’ Menteri Besar dalam masa terdekat itu menyediakan ekosistem industri semikonduktor lebih baik berbanding sebelum ini.

“Selangor akan umumkan pelan pembangunan semikonduktor oleh Dato’ Seri Amirudin Shari dalam masa terdekat dan ini akan menjadikan negeri memiliki ekosistem setara dengan negeri lain.

“Sebahagian besar pelaburan semikonduktor ke Pulau Pinang kerana mereka mempunyai ekosistem yang lengkap, saya percaya pelan pembangunan ini akan membantu menarik pelabur,” katanya.


Pengarang :