DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar pada Ziarah Ramadan di premis Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf Teratak Ummi, Gombak pada 19 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDASUKANKINI

Selangor FC lancar tiga edisi jersi bermula minggu depan

SELAYANG, 20 MAC: Selangor FC bakal melancarkan tiga edisi jersi pada saingan musim ini dengan jersi ‘away’ atau aksi di tempat lawan diperkenalkan minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon berkata pelancaran jersi ‘home’ skuad The Red Giants untuk kegunaan di gelanggang sendiri dilancar bulan depan.

“Jersi ‘home’ pada 28 April. Jersi ketiga pula akan dilancarkan pada Mei nanti,” katanya ditemui pada majlis Ziarah Ramadan di sini semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) Dr Johan Kamal Hamidon berucap ketika majlis Penajaan Rasmi Citadel Group Tech X Selangor FC di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam pada 24 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Johan berkata Selangor FC yang dibentuk lebih mantap dengan barisan pemain hebat bersedia mendepani cabaran musim ini malah yakin mampu menduduki tempat teratas.

Minggu lalu beliau mengumumkan Nidzam Jamil sebagai ketua jurulatih baharu secara rasmi bagi musim 2024/2025, menggantikan Tan Cheng Hoe yang berhijrah ke kelab Liga Thailand, Police Tero.

Beliau menyifatkan pelantikan Nidzam sebagai calon tepat untuk mengemudi Gergasi Merah berbekalkan pengalaman luas dalam kancah bola sepak selain terlibat dalam pembentukan pasukan.

 


Pengarang :