Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika perhimpunan bulanan penjawat awam di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 22 Ogos 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB sampaikan amanat kepada penjawat awam Jumaat ini

SHAH ALAM, 20 MAC: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual menyampaikan amanat penting dalam Majlis Mahabbah Ramadan Madani bersama penjawat awam pada 22 Mac.

Beliau juga akan melancarkan Kempen Mudahnya Berwakaf selain menyertai tazkirah Ramadan di Auditorium Dewan Jubli Perak, bangunan pentadbiran negeri bermula jam 8 pagi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim dan Pegawai Kewangan Negeri Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin serta barisan EXCO dijadual hadir dalam program tersebut.

Orang ramai boleh mengikuti perjalanan program berkenaan yang dipancar secara langsung menerusi Facebook Media Selangor dan YouTube SelangorTV.


Pengarang :