Suami isteri maut, anak terselamat dalam kebakaran rumah di Jalan SS21/18 Damansara Utama, Petaling Jaya pada 16 Mac 2024. Foto JBPM Selangor
AGENDANASIONAL

Suami isteri maut, anak selamat dalam kebakaran rumah teres

SHAH ALAM, 16 MAC: Dua maut, seorang terselamat dalam kebakaran rumah di Jalan SS21/18 Damansara Utama, Petaling Jaya pagi tadi.

Mangsa yang juga suami isteri berusia 55 dan 61 tahun itu bersama anak perempuan mereka terperangkap dalam rumah ketika kebakaran di rumah teres dua tingkat itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata kebakaran berlaku di bilik utama di bahagaian atas serta dapur di tingkat bawah.

“Bomba terima panggilan 5.13 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara serta unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dari BBP Petaling Jaya digerakkan ke lokasi.

“Suami isteri dan anak perempuan mereka terperangkap dalam rumah dan bomba berjaya menyelamatkan remaja perempuan berusia 14 tahun, bagaimanapun ibu bapanya gagal diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kebakaran memusnahkan kira-kira 70 peratus kediaman berkenaan.


Pengarang :