Cuaca panas terik yang dirakam lensa BERNAMA
AGENDANASIONAL

12 kawasan di Semenanjung catat suhu panas tahap berjaga-jaga

SHAH ALAM, 12 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di 12 kawasan Semenanjung Malaysia setakat 4.30 petang tadi.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan antara kawasan terlibat adalah Pulau Langkawi, Pendang, Kuala Muda, Kubang Pasu, Pokok Sena, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Timur Laut di Pulau Pinang; Gua Musang, Kelantan dan Perlis.

Selain kawasan berkenaan, turut alami cuaca panas tahap berjaga-jaga adalah Limbang, Mukah dan Telang Usan di Sarawak serta Beaufort, Tuaran dan Tenom di Sabah.

Menurut kenyataan itu, suhu panas tahap berjaga-jaga dikategorikan apabila suhu maksimum harian sesuatu kawasan itu mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh rujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/


Pengarang :